Perilaku Lucu Si Kecil ini yang Tidak Mahu Makan Sayur-Sayuran.

Pernahkah Anda melihat bayi makan sayuran? Sangat jarang melihat itu terjadi kecuali Anda menyembunyikan sayuran di bawah makanan yang akan mereka makan atau melumatkan sayuran sehingga tidak terlihat oleh bayi. Dua cara ini adalah cara yang dilakukan para ibu untuk memastikan bahwa anak-anaknya makan sayuran.

Dalam tayangan video ini, seorang bayi sedang menikmati makanannya yang terlihat sangat lucu dan menggemaskan.

Si kecil ini menyukai makanannya dan akan membuka lebar mulutnya begitu dia melihat sudu penuh dengan makanan.

Tapi ketika ibunya mencoba memberinya sayuran, lihat saja reaksi yang ditunjukkan

Si kecil yang imut ini telah mengeluarkan sayuran yang sudah masuk ke mulutnya. Wortel dan kacang polong, semuanya dibuang begitu masuk ke mulutnya. Anak ini sangat pintar. Belum dikunyah dia tahu itu sayuran.

Tonton videonya yang pasti akan membuat Anda tertawa…

VIDEO

Sumber

Hamil anak pertama, Mawar Rashid mual bau wangi..

PELAKON Mawar Rashid mengakui dia berasa gementar menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya yang dijangka lahir pada Mac tahun hadapan.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, berkata sebagai persediaan dia ada banyak bertanya dan meminta nasihat pada ahli keluarganya mengenai penjagaan bayi.

“Alhamdulillah saya sangat teruja dan gembira apabila disahkan mengandung anak pertama. Tapi dalam pada masa yang sama, saya gementar juga.

“Sebab ini adalah bayi pertama dan saya tak ada pengalaman menjaga bayi. Saya ada bertanya pada ibu serta ibu mertua dan kakak yang sudah ada anak.

“Selain itu, Raf juga ada membeli buku panduan untuk saya baca. Malah, saya pun ada tengok YouTube mengenai penjagaan bayi,” kata Mawar kepada mStar Online.

Anak-anak dan suami teruja apabila dapat tahu Mawar hamil.

Kandungan Pelakon drama bersiri Pencuri Cinta Kelas Satu ini sudah memasuki tiga bulan.

Menurut Mawar, dia sedang melalui trimester pertama kehamilan yang menyebabkan alahan ‘morning sickness‘.

“Tapi tak teruk sangat. Saya hanya sensitif dengan bau seperti minyak wangi, pewangi kereta dan losyen badan yang menyebabkan rasa mual,” ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kepada Raf Yaakob ini terpaksa membatalkan tawaran berlakon yang sudah diterimanya demi menjaga kandungannya.

Malah, Mawar membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tawaran berlakon sehingga selesai proses berpantang.

Namun, dia belum mempunyai perancangan bagaimana perjalanan kariernya selepas bersalin.

“Saya terpaksa hubungi pihak produksi drama dan telefilem untuk batalkan tawaran yang sudah saya terima demi menjaga kandungan saya.

“Lagipun, saya tak nak menyusahkan mana-mana pihak. Takut nanti tak mampu nak buat. Saya tak akan ambil tawaran apa-apa sehingga habis proses berpantang.

“Tapi saya belum ada sebarang perancangan macam mana perjalanan karier selepas bersalin nanti,” ujarnya.

Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pada 9 November 2018.

Raf mempunyai dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3, hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber

Kerana Tak Punya Wang “Mereka Terpaksa Menyelamatkan Seorang Anak” dari Sepasang Anak Kembarnya, Mereka Menentukan Pilihan dengan Cara Mengundi…

Hanya satu di antara sepasang anak kembar yang boleh hidup ! Kerana menderita penyakit pelik, dan memerlukan perbelanjaan tinggi, orangtua dari sepasang anak kembar yang tak mampu ini pun kemudian memutuskan nasib mereka dengan “mengundi”, namun, keputusan mereka dikutuk oleh nenek bayi kembar itu !

Pada Oktober tahun lalu, sepasang suami istri di Kota Shaoguan, Daerah Guangdong, China, melahirkan sepasang anak kembar bernama Xiao Khang dan Xiao Le. Sayangnya disaat anggota keluarga dalam kebahagiaan, sebuah kabar buruk tiba-tiba menimpa keluarga yang berbahagia ini.

Ketika si kembar genap berusia satu bulan, tiba-tiba salah satu diantara mereka mengalami sesak nafas dan dibawa ke rumah sakit. Napasnya bahkan sempat berhenti sebentar, bernasib baik cepat ditangani oleh doktor di rumah sakit setempat. Anak itu berhasil diselamatkan setelah lebih dari empat jam upaya penyelamatan darurat.

Namun, hal-hal yang tidak diinginkan menimpa keluarga ini secara berturutan. Baru saja melewati masa kritikal, nenek dari kedua bayi kembar itu yang berada di rumah tiba-tiba memberitahu menantunya bahwa adik kembarnya juga mengalami gejala penyakit yang sama dengan kakak kembarannya.

Setelah diagnosis doktor, kedua bayi kembar itu dinyatakan menderita penyakit pelik yang hanya terjadi 1/20.000, yakni Chronic Granulomatous Disease CGD / Penyakit Granuloma Kronik, yaitu kelainan pada jaringan tubuh yang muncul akibat peradangan.

Ini adalah semacam mutasi genetik, harus segera dilakukan transplantasi sumsum tulang atau darah tali pusat secepat mungkin, jika tidak, usia hidup tidak akan bertahan sampai 2 tahun.

Suami istri itu pun menangis di koridor rumah sakit setelah mendapat kabar yang sangat menyedihkan itu.

Bayi kembar itu telah menghabiskan sekitar 400.000 yuan (sekitar Rp 820 juta) di unit perawatan intensif, dan biaya operasi transplantasi sumsum tulang semakin menyesakkan dada kedua orangtua si bayi kembar itu, yakni 1 juta yuan atau miliaran rupiah, angka yang tak terjangkau mereka. Meski dikumpulkan juga hanya cukup untuk biaya perawatan satu anak.

Kedua orangtua itu jelas tidak ingin anaknya bermasalah. Namun, jika transplantasi ditunda, mungkin akan semakin membahayakan nyawa kedua anak kembarnya.

Di tengah-tengah dilema itu, pasutri tersebut terpaksa mengorbankan salah satunya. Dan saat nenek dari kedua anak itu tidak berada di tempat, mereka pun menggunakan cara mengundi untuk memutuskan salah satu di antar anak kembar mana yang akan diselamatkan.

Pasutri itu meletakkan kertas undian di depan dua bayi kembar itu dan membiarkan mereka mengambilnya. Dan dengan perasaan pilu, pasutri itu pun berlutut di hadapan si kakak dari anak kembarannya itu setelah dia mengambil kertas undian. Pasangan itu hanya bisa menangis sedih di depannya, dan berkata “Maafkan ayah dan ibu nak,”katanya dengan bibir bergetar sambil terisak.

Tak lama kemudian, ketika nenek dari kedua anak kembar itu pulang, dia pun seketika murka dan mengutuk kedua orantua dari cucunya setelah mengetahui hal yang konyol itu.

“Bagaimana pun juga kedua cucuku itu harus diselamatkan, sekali pun harus menjual segalanya,” tegas si nenek lantang.

Pasutri itu seketika sadar setelah dikecam oleh si nenek, dan tidak akan memasrahkan siapa pun. Keduanya juga berlutut minta maaf pada ibunda mereka.

Beberapa badan amal setempat yang mengetahui kondisi kedua anak kembar itu kemudian meluncurkan penggalangan dana penyelamatan di Internet. Sementara itu, Orangtua dari kedua anak kembar itu juga telah menghubungi pihak pendonor sumsum tulang dan dapat melakukan operasi dalam waktu dekat.

Semoga kedua bocah bersaudara itu dapat menjalani operasi pencangkokan sumsum tulang dengan lancar dan tumbuh sehat.

SUMBER

Kisah Seorang Budak lelaki Berusia 8 Tahun Mendermakan Rambutnya…

Thomas Moore yang berusia 8 tahun adalah seorang anak yang istimewa.

Setelah menonton video seorang gadis yang botak akibat terapi kanker di Facebook, Thomas memutuskan untuk berbuat sesuatu!

Saat bibinya menjelaskan mengenai kanker dan bagaimana kemoterapi dapat menyebabkan kerontokan rambut, Thomas yang berhati mulia tidak tega melihat penderitaan orang sementara ia memiliki rambut yang lebat.

Jadi hari demi hari, Thomas mengukur panjang rambutnya di cermin.

Ia ingin rambutnya cukup panjang untuk membahagiakan si gadis.

Dan dapat kita bayangkan betapa beratnya perjuangan ini untuk si kecil Thomas.

Ia mulai memanjangkan rambutnya saat rambutnya masih pendek.

Namun seiring bertambah panjang rambut keritingnya, ia harus mengepang rambutnya supaya tetap bagus dan rapi.

Kulit kepalanya terluka akibat kepangan yang terlalu kuat, dan beberapa kali Thomas mempertimbangkan untuk berhenti memanjangkan rambutnya.

Namun setiap kali ia kembali fokus pada alasan untuk memanjangkan rambut.

2 1/2 Tahun kemudian, akhirnya Thomas menggunting rambutnya.

Ia membuat 3 buah rambut palsu yang indah yang akan mengembangkan senyum dan harapan anak penderita kanser.

Bibi Thomas membagikan kisahnya yang menakjubkan di Twitter, dan tweet itu telah dibagikan lebih dari 61.000 kali dan disukai lebih dari 120.000 orang.

Orang dari berbagai penjuru dunia memberikan penghargaan terhadap hati Thomas yang mulia.

“Anak seperti ini memberiku harapan akan masa depan kita.”

Cinta dan kebaikan tidak pernah sia-sia, karena selalu membuat suatu perbedaan.

Cinta dan kebaikan selalu memberkahi orang yang menerimanya dan yang memberinya.

Menjadi seorang pengasih! Membuat dunia menjadi suatu tempat yang lebih baik.

SUMBER

Suka pemandangan gunung? Ini 4 lokasi pergunungan di Afrika & Eropah bikin anda jatuh cinta.

SETIAP orang mempunyai minat yang berbeza terutama apabila melibatkan kembara ke negara lain.

Ada yang menetapkan aktiviti membeli-belah sebagai keutamaan setiap kali berkunjung ke luar negara.

Ada juga yang mahu mengikuti aktiviti sukan seperti golf atau aktiviti lebih mencabar seperti mendaki gunung.

Justeru, tidak hairanlah jika ramai pengembara akan memastikan lokasi percutian yang dipilih mempunyai sesuatu yang menarik minat mereka.

Oh ya, ada juga yang berminat untuk makan atau boleh dikaitan dengan pelancongan gastranomi iaitu memastikan lokasi kunjungan ada menyediakan makanan enak atau terkenal.

Penulis dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang bergambar di pusat ski Sierra Nevada, Sepanyol.

Namun, bagi penulis sendiri alam semujadi dan sejarah tetap menjadi pilihan hati.

Selain mendamaikan dan dapat melegakan minda, alam semula jadi juga lebih mendekatkan diri dengan ciptaan Allah dan membolehkan kita lebih berfikir tentang kebesaran ciptaan-Nya.

Begitu juga sejarah yang dapat memberikan pengajaran dalam meneruskan kehidupan serta dijadikan panduan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan.

Kali ini penulis ingin berkongsi beberapa lokasi pergunungan di Afrika dan Eropah yang menakjubkan.

Walaupun terkenal sebagai pusat ski tatkala tiba musim sejuk, kawasan pergunungan ini sangat indah terutama tiba musim bunga dan panas.

Ini kerana masih ada kesan salji di puncak atau dikenali sebagai ‘snow cap’, selain hutan menghijau yang menyelimuti kawasan pergunungan.

Pergunungan Atlas berkongsi dengan tiga negara.

Umpama permata yang utuh terpelihara, begitulah sinonimnya Pergunungan Atlas yang berkongsi dengan tiga negara disebabkan banjaran gunungnya merentasi sepanjang barat laut Afrika menjulur sekitar 2,500 km melalui Maghribi, Algeria dan Tunisia.

Ia juga juga terkenal dengan penempatan terpencil masyarakat Berber, Maghribi.

Jika berpeluang berkunjung ke Marakech, Maghribi, kita boleh melihat keindahan pergunungan ini terutama di musim sejuk kerana kota ini terletak di kaki jajarannya.

Julian Alps Slovenia mempesonakan

Tasik Bled menghadap Julian Alps Slovenia

Slovenia, negara terletak di timur Eropah ini cukup terkenal kerana keindahan alam semula jadinya terutama landskap geografi yang mengagumkan.

Puncak paling tinggi adalah Gunung Triglav setinggi 2,864 meter juga menjadi gunung tertinggi di negara bekas Yugoslovia ini.

Tasik Bled yang terkenal dalam kalangan pelancong terletak di kaki Julian Alps.

Jika singgah di tasik ini, tentunya kita tidak terlepas dari menyaksikan keindahan ciptaan Allah ini.

Sierra Nevada, Sepanyol

Sierra Nevada bukan hanya ada di Amerika Syarikat tetapi juga di Sepanyol.

Terletak di selatan Sepanyol atau wilayah Andalusia, Sierra Nevada dalam bahasa Sepanyol bermaksud jajaran pergunungan yang sentiasa diselimuti salji.

Pusat ski masih dibuka walaupun sudah di akhir musim bunga di Sierra Nevada,Sepanyol

Memang benar pun. Ini kerana walaupun sudah di akhir musim bunga, pusat ski masih dibuka untuk bermain salji kerana kawasan itu masih tebal saljinya.

Malah, keindahan Sierra Nevada turut mewarnai kecantikan Alhambra, kompleks kota dan istana yang dibina pemerintah Islam di Sepanyol sekitar pertengahan kurun ke-13, yang terletak menghadap pergunungan itu.

Pergunungan Tatra, Slovakia indah di musim bunga

Pergunungan Tatra meliputi kawasan seluas 785 kilometer persegi dengan 77 peratus kawasan berada di Slovakia dan selebihnya Poland.

Pergunungan Tatra di Slovakia yang mendamaikan.

Puncak tertinggi dikenali sebagai Gerlach, terletak di utara pekan comel dikenali sebagai Poprad.

Menggembara di bumi Slovakia tentunya tidak sah jika tidak singgah bergambar di latar belakang Pergunungan Tatra.

Ada beberapa ‘spot’ yang boleh dijadikan persinggahan untuk bergambar cuma perlu memastikan pemandu tidak terlepas.

SUmBER

Comelnya Ibu Adam Corrie Sebut Nama Cucu Lelaki Kesayangannya, Adam Fateh Lee..

Adam Corrie Lee ialah seorang pelakon yang tidak asing lagi nama nya dalam industri seni di tanah air kita. Nama nya sering dipopularkan dalam pelbagai filem, yang diingati ramai pastilah KL Gangster & KL Gangster 2. Namun, Adam Corrie Lee sudah memeluk agama islam dan berkahwin dengan gadis muslimah.

Baru baru ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Adam Fateh Lee. Sungguh comel dan bermakna nama yang diberikan oleh beliau kan. Semoga Adam Fateh Lee membesar dengan baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

Telatah comel ibu adam corrie lee dalam video pendek yang dimuat naik dalam laman instagram apabila berusaha menyebut nama cucu nya.

@adamfatehlee jumpa Amaa. Happy je Fateh dpt jumpa Amaa (nenek dlm bahasa hokkien) Amaa pon seronok dpt jumpa cucu dia. Saya panggil mak saya Maa. Amaa bermaksud nenek.

Antara komen komen yang dipetik dalam laman instagram adamcorrielee :

Meskipun agama berbeza, hubungan ibu anak wajib dijaga and kebajikan mereka perlu dijaga

Boleh ajar anak ckp hokkien jugak.. Senang dia nak bercakap dengan amaa dia.. Hehehe

Aku dapat rasa mesranya hubungan dia ngn mak dia.. SubhanAllah terharu tengok

SUMBER

Netizen hairan, semangkuk mi sup daging lebih mahal dari harga seekor lembu…

SEBUAH restoran tular kerana menjual mi sup daging lembu yang termahal di dunia.

Restoran Niu Gengtian yang terletak di Shijiazhuang, Wilayah Hebei, China itu menjual hidangan ‘Haozhonghao Beef Noodle Soup’ dan menjadi perhatian warga sosial media selepas gambar menu berserta harganya tular.

Memandangkan harga semangkuk mi sup daging kedua termahal yang dijual di restoran Niu Ba Ba, Taiwan hanya 2,252 yuan , (RM1,343) tidak menghairankan mengapa sup berharga 13,800 yuan (RM8,235) ini menjadi topik hangat.

Media tempatan melawat restoran itu dan meminta pengurusnya dengan nama keluarga, Yan, menjawab persoalan ini tetapi tidak mendapat banyak maklumat.

Lelaki berkenaan memberitahu bahawa makanan istimewa itu disediakan dengan menggunakan 12 bahan yang sangat mahal iaitu empat dari langit, empat dari tanah dan empat dari laut tetapi tidak memberikan poenjelasan lanjut.

Dia juga menyebut bahawa 12 chef diperlukan untuk menyediakan sup itu dan pesanan mesti dibuat sebulan lebih awal supaya semua ramuan yang diperlukan dapat diperolehi.

Sup Haozhonghao telah ditambah dalam menu restoran itu enam bulan lalu dan Yan berkata sejak itu dia telah menjual sebanyak empat mangkuk sup kepada pemilik perniagaan yang kedudukan kewangannya tidak begitu baik.

Sebagai tindak balas kepada tuduhan bahawa dia menipu pelanggan, pengurus itu berkata kos untuk bahan-bahan dan proses memasak begitu tinggi dan dia sebenarnya tidak mendapat banyak keuntungan melalui penjualan sup itu.

Pada mulanya, kebanyakan orang yang melihat foto menu dan harga 13,800 yuan itu menganggap ia adalah jenaka atau satu kesilapan cetakan, tetapi Sin Chew Daily dan media lain yang melawat restoran itu kemudian mengesahkan bahawa harga itu adalah benar.

Netizen mula menjadikan mi sup ini sebagai jenaka apabila harganya lebih mahal daripada seekor lembu, sementara yang lain menuduh pengurusan menggunakannya sebagai gimik untuk mempromosikan restoran.

Ada juga yang memberitahu pihak berkuasa tentang harga sup yang terlalu tinggi, tetapi pegawai di sana mengeluarkan kenyataan bahawa selagi harga dinyatakan dengan jelas kepada pelanggan, ia tidak menyalahi undang-undang, jadi biro itu tidak mempunyai hak untuk campur tangan.

SUMBER