Berang melihat anak kecil berlari-lari di restoran, wanita yang sedang mengandung ini melakukan sesuatu sehingga mencederakan kanak-kanak itu. Kejam!

Perhatian kepada para ibu bapa untuk sentiasa memerhatikan anak-anak anda sebelum mereka menjadi mangsa kepada individu tidak bertanggungjawab seperti ini.

Menurut SCMP, kejadian ini berlaku di sebuah restoran kecil yang terletak di daerah Shaanxi, China. Seorang wanita yang mengandung sedang menikmati makanan bersama dengan suaminya.

Namun, kelakuan seorang kanak-kanak lelaki yang seronok berlari-lari di sekeliling restoran membuatkan wanita ini berasa meluat dan geram. Tambahan pula, langsir plastik yang berada berhampirannya turut mengganggu wanita ini untuk menikmati makanan.

Justeru, wanita ini bertindak membentes kaki kanak-kanak yang baru berusia empat tahun itu sebagai satu ‘pengajaran’ untuknya. Kanak-kanak terbabit jatuh tersungkur ke lantai dan kejadian tersebut disedari oleh ibunya yang bingkas bangun untuk membantu anaknya itu.

Sementara itu, pasangan tadi terus menikmati makanan tanpa sebarang rasa bersalah.

Sebaik sahaja dibawa ke hospital, doktor mendapati terdapat sedikit gegaran otak yang berlaku kepada kanak-kanak malang itu. Nasib baik, tiada apa kejadian buruk berlaku dan kanak-kanak ini juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Penyebaran video ini menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen. Ramai yang menghentam tindakan wanita tersebut yang dianggap satu tindakan kejam sedangkan dia sendiri bakal menjadi seorang ibu. Bagaimana dia sanggup melakukan perbuatan itu terhadap anak yang masih kecil?

Ujar ibu kepada kanak-kanak lelaki itu, “Pada mulanya saya sangka anak saya tersungkur sendiri tetapi kemudian dia memberitahu ada seorang wanita yang jatuhkannya. Kejadian ini turut disahkan oleh beberapa pelanggan lain di restoran. Saya lihat CCTV dan berasa sangat marah lantas menghubungi polis.”

Sehari selepas kejadian berkenaan yang berlaku pada 19 April lalu, wanita terbabit menyerahkan diri ke balai polis dan mengaku bersalah atas tindakannya. Malah, dia turut menawarkan diri untuk membiayai kos perubatan kanak-kanak malang itu.

Wanita ini kemudian dipenjarakan selama 10 hari beserta denda sebanyak RM619 atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak itu. Pada masa yang sama, ibu mangsa memberitahu tidak akan mengambil tindakan yang lebih berat memandangkan wanita itu sedang sarat mengandung tujuh bulan.

Nasib baik ada yang masih prihatin dengan keadaan dirinya. Jika tidak, habislah engkau~

SUMBERu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *