“Buu, Bila Nak Potong Leher Adik?” – Pertanyaan Anak Ini Buat Netizen Sayu. Sama-sama kita doakan agar adik ini sembuh seperti sediakala…

Berat mata memandang, berat lagi bebanan yang terpaksa ditanggung kanak-kanak malang ini. Dalam satu kejadian pada raya ke-lima tahun lepas, kanak-kanak ini dipercayai terbakar akibat bermain dengan pelita semasa ibu bapanya tiada dirumah.

Ketika api sedang marak, kanak-kanak ini berlari meminta tolong kakaknya yang sedang mandi. Lalu si kakak menyimbah air untuk memadamkan api. Hampir setiap hari, dia bertanya ibu, ‘bila nak potong leher adik’. Sebak!

Terbakar semasa bermain pelita

Telah pergi menziarahi & memberi sedikit bantuan kepada adik zulfykha yang derita akibat terbakar semasa bermain pelita pada raya ke lima tahun lepas . Sebak & pilu kami semua tahan untuk memberi sedikit kekuatan kepada adik fykha & keluarganya.

Semasa kejadian , ibu & neneknya tiada dirumah kerana pergi membeli lauk di kedai .. adik fykha tinggal bersama kakaknya .. semasa api sedang marak , fykha terus berlari meminta tolong dari kakaknya yang sedang mandi , dan kakanya terus menyimbah air di badan adik fykha dan ada jiran yang terdengar tangisan nya ,terus datang membantu adik fykha ..

Tepat masanya kami datang menziarahi adik fykha , kerana pada 29/01/18 ,adik fykha perlu ke HKL untuk membuat rawatan lanjut , jika keadaan adik fykha stabil , 30/01/18 ,

Pembedahan akan dijalankan untuk baik pulih keadaan adik fykha.

Kos rawatan terkini adik fykha mencecah rm39000 , dan hasil sumbangan org ramai , jumlah yang terkumpul mencecah rm30k , berbaki rm9000 yang ibu fykha perlu sediakan untuk rawatan sepenuhnya ..

Ibu mana yang sanggup melihat anak sakit , ibu mana yang sanggup melihat anak merengek .. hampir setiap hari , adik fykha bertanya ibunya , “ibu bila nak potong leher adik” Allahu ..

Leher & tangan yang mulanya normal selepas terbakar , kininya bersambung & akhirnya mengeras. mulutnya sedikit ternganga akibat kulit yang semakin tegang .. tumbesaran adik fykha membuatkan kulitnya semakin tegang .. Allah .. Allah ..

Jika kita tidak mampu bantu dari segi kewangan , marilah kita sama sama berdoa agar adik fykha dipermudahkan segala urusannya .. Allahuma

Allahuma amin .. sesungguhnya , doa adalah senjata mukmin ..

Jika anda ingin menghulurkan bantuan , boleh hubungi kami , difb page THE MUA’S JERANTUT , atau terus hubungi mak kepada adik fykha , puan zarifah di talian :

0199450780 – Pn Zarifah

Mak pada adik zulfykha ridzwan

Ni no. acc. bsn

06105 29 00019606 1

Zarifah bakri

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin….

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *