Hamil anak pertama, Mawar Rashid mual bau wangi..

PELAKON Mawar Rashid mengakui dia berasa gementar menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya yang dijangka lahir pada Mac tahun hadapan.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, berkata sebagai persediaan dia ada banyak bertanya dan meminta nasihat pada ahli keluarganya mengenai penjagaan bayi.

“Alhamdulillah saya sangat teruja dan gembira apabila disahkan mengandung anak pertama. Tapi dalam pada masa yang sama, saya gementar juga.

“Sebab ini adalah bayi pertama dan saya tak ada pengalaman menjaga bayi. Saya ada bertanya pada ibu serta ibu mertua dan kakak yang sudah ada anak.

“Selain itu, Raf juga ada membeli buku panduan untuk saya baca. Malah, saya pun ada tengok YouTube mengenai penjagaan bayi,” kata Mawar kepada mStar Online.

Anak-anak dan suami teruja apabila dapat tahu Mawar hamil.

Kandungan Pelakon drama bersiri Pencuri Cinta Kelas Satu ini sudah memasuki tiga bulan.

Menurut Mawar, dia sedang melalui trimester pertama kehamilan yang menyebabkan alahan ‘morning sickness‘.

“Tapi tak teruk sangat. Saya hanya sensitif dengan bau seperti minyak wangi, pewangi kereta dan losyen badan yang menyebabkan rasa mual,” ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kepada Raf Yaakob ini terpaksa membatalkan tawaran berlakon yang sudah diterimanya demi menjaga kandungannya.

Malah, Mawar membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tawaran berlakon sehingga selesai proses berpantang.

Namun, dia belum mempunyai perancangan bagaimana perjalanan kariernya selepas bersalin.

“Saya terpaksa hubungi pihak produksi drama dan telefilem untuk batalkan tawaran yang sudah saya terima demi menjaga kandungan saya.

“Lagipun, saya tak nak menyusahkan mana-mana pihak. Takut nanti tak mampu nak buat. Saya tak akan ambil tawaran apa-apa sehingga habis proses berpantang.

“Tapi saya belum ada sebarang perancangan macam mana perjalanan karier selepas bersalin nanti,” ujarnya.

Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pada 9 November 2018.

Raf mempunyai dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3, hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber

Comelnya Ibu Adam Corrie Sebut Nama Cucu Lelaki Kesayangannya, Adam Fateh Lee..

Adam Corrie Lee ialah seorang pelakon yang tidak asing lagi nama nya dalam industri seni di tanah air kita. Nama nya sering dipopularkan dalam pelbagai filem, yang diingati ramai pastilah KL Gangster & KL Gangster 2. Namun, Adam Corrie Lee sudah memeluk agama islam dan berkahwin dengan gadis muslimah.

Baru baru ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Adam Fateh Lee. Sungguh comel dan bermakna nama yang diberikan oleh beliau kan. Semoga Adam Fateh Lee membesar dengan baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

Telatah comel ibu adam corrie lee dalam video pendek yang dimuat naik dalam laman instagram apabila berusaha menyebut nama cucu nya.

@adamfatehlee jumpa Amaa. Happy je Fateh dpt jumpa Amaa (nenek dlm bahasa hokkien) Amaa pon seronok dpt jumpa cucu dia. Saya panggil mak saya Maa. Amaa bermaksud nenek.

Antara komen komen yang dipetik dalam laman instagram adamcorrielee :

Meskipun agama berbeza, hubungan ibu anak wajib dijaga and kebajikan mereka perlu dijaga

Boleh ajar anak ckp hokkien jugak.. Senang dia nak bercakap dengan amaa dia.. Hehehe

Aku dapat rasa mesranya hubungan dia ngn mak dia.. SubhanAllah terharu tengok

SUMBER