‘Terima kasih atas peruntukan RM100,000, tapi…’

Bekas menteri Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) atas peruntukan tahunan RM100,000 kepada anggota parlimen pembangkang.

Beliau bagaimanapun lebih suka jika kerajaan tidak berbuat demikian, tetapi menggunakan wang itu terus ke kawasan parlimen pembangkang.

Justeru beliau tidak perlu “pening kepala” untuk menguruskan peruntukan itu, kata anggota parlimen Padang Rengas itu.

“Saya gembira dengan peruntukan itu. Jika jumlahnya kurang daripada (kawasan) HARAPAN), ia dapat difahami kerana mereka perlu utamakan kerusi mereka.

“Malah saya lebih gembira jika mereka menggunakan seluruh jumlah itu di kawasan pembangkang berbanding memberikannya kepada anggota parlimen. Ia lebih lancar dan tidak akan ada isu berbangkit kemudian.

“Apa yang penting rakyat dapat wang itu, tak penting siapa yang memberikannya,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata menjaga kawasan pembangkang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan.

“Apa-apa pun, terima kasih kepada kabinet kerana bermurah hati dan saya harap mereka dapat menimbang pandangan saya ini. Ia akan memudahkan kerja saya sebagai MP,” katanya.

Beliau juga berkata akan melanjutkan semua permohonan di kawasannya kepada wakil HARAPAN.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peruntukan tahunan berjumlah RM500,000 kepada kerusi parlimen yang dimenangi HARAPAN dan RM100,000 kepada kawasan BN.

Beliau juga berkata RM200,000 akan diberikan kepada pusat khidmat Parlimen tetapi tidak jelas adakah ia juga termasuk wakil rakyat pembangkang.

Kredit

‘Kalau nak aku keluar, tamatkan nyawa akuuu!!’ – Akibat pasang lebih 100 susuk dari Siam…

Kejahilan merupakan salah satu punca manusia melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam. Kerana kepentingan diri dan duniawi,  ada sesetengah manusia sanggup menggadaikan harta, maruah dan aqidah memilih amalan khurafat.

Susuk merupakan salah satu amalan yang kebanyakannya digunapakai oleh wanita untuk kelihatan cantik dan menarik buat tontonan lelaki. Kesan penggunaan susuk ini bukan sahaja memakan diri sendiri malahan akan memberi kesan kepada keturunan mereka jika tidak dirawat

dengan segera.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsikan mengenai kisah seorang pelacur yang telah memakai susuk untuk kecantikan dan mendapat perhatian lelaki. Wanita yang digelar sebagai Nur itu mengambil keputusan untuk membuang susuk setelah berkahwin dengan Kamal. Semasa proses membuang susuk itu, pelbagai kisah seram yang berlaku.

SUSUK seorang Pelacur. 100% kisah benar gais, berdasarkan pengalaman. Bulan Ramadhan tak baik tipu, hehe. Mungkin boleh dijadikan pengajaran dan pedoman. Aku akan gunakan nama samaran bagi menjaga aib.

10 Retweet. Aku cerita.

Okay okay. Aku start cerita lahhh. Aku pernah share benda ni kat seramshit 1/2 tahun lepas. So kalau ada yang pernah baca. Haa aku cerita balik kat orang yang tak tahu lagi. Aku listkan nama dulu supaya korang tahu wataknya dan tak pening nanti.

i. Pelacur – Nur (sebab terjebak dengan drama)

ii. Suami pelacur – Kamal

iii. Pengubatan islam – Ustazah/Ustaz

Okay. Nur ini seorang pelacur di Kuala Lumpur. Cantik, tinggi dan nampak sopan. Tapi dia bukan pelacur biasa biasa. Class atasan tau. Dia layan VVIP je. Bukan jenis lorong. Disebabkan dia pelacur VVIP, so dia kenalah jaga saham. Bermulalah kisah gila duit. Dia nak buat orang gilakan dia. So dia boleh dapat apa yang dia nak. Dia pun pergi Siam dan ambil susuk di sana.

Bukan susuk cantik saja wehh. Segala jenis susuk. Yang mana tak tahu. Susuk banyak jenis. Dia ambil:

Cantik

Nafsu

Pengasih

Dan lain lain

Selepas itu, kehidupan dia berubah. Dia makin ramai pelanggan. Semua VVIP nak. Dia boleh layan lebih lima orang dalam satu hari tanpa rehat dan rasa penat. Dia dapat semua yang dia nak. Dia puas, dia enjoy.

Semua bila tengok dia akan cair bak lilin gais. Apa saja yang dia cakap dan minta semua dapat. Memang boss jaga elok. Sampai ada yang tergila-gila ajak kahwin, tunggu depan bilik Nur sebab takleh lupakan Nur.

Tapi Nur tak perduli. Dia suka jadi macam tuu. Sampai satu masa, Nur jumpa Kamal. Kamal pernah jadi pelanggan Nur dan Kamal pun tergila-gilakan Nur. Tapi kali ini Nur pun ada perasaan pada kamal. Jadi dia lebihkan Kamal daripada VVIP yang lain. Sampai Kamal ajak Nur kahwin dan tinggalkan kerja itu.

Mula -mula Nur tak nak. Tapi sebab dah jatuh cinta dengan Kamal, Nur setuju untuk berhenti dan kahwin dengan Kamal. Diorang kahwin gais. Takde siapa boleh halang Nur berhenti padahal dia antara yang ramai customer.  Tapi boss setuju saja dia nak blah.

Dia tak pernah cerita dekat Kamal yang dia pakai susuk itu semua sebab Nur takut Kamal tak boleh terima dia. Tapi benda ini terbongkar sebab setiap kali diorang ‘bersama’, Nur punya tenaga lain macam sampai Kamal tak terlayan. Yelah, Nur selalunya sehari lebih lima orang, ini Kamal seorang. So Nur kesiankan Kamal lalu dia ceritakan semua. Kamal terkejut tapi dia tak marah wehh. Dia ajak Nur pergi buang susuk itu.

So, diorang pun jumpa dengan sepasang suami isteri yang buat perubatan Islam. Startlahh babak kedua. Proses diorang nak buang semua susuk itu. Susuk itu Nur pakai di seluruh badan dia.

Ustazah itu tanya. “Kamu pakai di bahagian mana je?” Kau tahu Nur jawab apa? “Saya pakai seluruh badan ustazah. Cuma yang bezanya berapa banyak di setiap bahagian dan isi susuk itu.”

Ustazah itu terdiam wehh. Kau gila ke nak buang satu pun susah, inikan pula seluruh badan. Ustazah tanya lagi, “Antara yang paling banyak di mana dan apa isinya?”. Nur jawab “Di muka, seluruh muka untuk cantik dan buat orang tergoda bila tengok saya. Di kemaluan untuk buat saya jadi kuat dan bertenaga dari biasa dan di setiap nafsu saya.”.

So bila ustazah scan. Tak silap aku lebih 100 susuk. Bukan jarum saja, ada dari berlian, emas, tembaga dan banyak lagi. Tapi itu tak semua boleh nampak. Ada beberapa orang ke nampak masa ustazah itu keluarkan. Kau bayangkan Nur dan Kamal tidur rumah ustazah itu sebulan gais. Dari sebelum puasa sampai seminggu sebelum raya. Baru dia balik. Betapa lamanya proses itu.

So setiap kali berubat, Nur tak akan sedar sebab dah dirasuk. Bila keluarkan susuk cantik, Nur berubah jadi orang lain. Dia jadi perempuan Siam dan banyak watak. Banyak sangat.

Ustazah tanya, “Apa kau buat dalam badan dia?”

Watak 1: “Aku buat dia nampak cantik dan buat semua lelaki tergoda dengan aku. Hahaha.” (sambil berdiri depan cermin)

Watak 2: Dia membisu, cuma berdiri di depan cermin dan sikat rambut.

Watak 3: “Aku akan goda semuanya”

Watak yang ketiga itu power wehh. Dia siap nak bukak baju tapi pembantu ustazah tahan. Dia goda ustaz-ustaz yang ada kat situ. Memang seram kalau korang boleh tengok sendiri. Hmm settle yang cantik. Bab nafsu ini aku takleh blah. Susuk nafsu ini bukan biasa-biasa. Nur kata dia ambil yang paling kuat dan paling mahal sekali. Tapi semua susuk itu susuk dari darah binatang. Itu namanya nafsu binatang.

Setiap satu susuk, setiap itu Nur akan dirasuk dan menyerupai binatang itu. Nur bertukar jadi ular, babi, monyet, harimau dan banyak lagi. Time jadi babi itu lawak, sebab ustaz semua lari sebab takut kena samak. Haha.

Nur muntah darah. Dia lembik tak bermaya. Tapi Nur ini dia ada waktu nafsu dia ON. Kau bayang, orang tengah rehat-rehat, nak tunggu sahur, Nur bangun lompat kat Kamal ajak ‘bersama’ time tu juga. Dia macam tak boleh nak kawal. Kesian pun ada. Hmm. Tapi kita tahu itu bukan dia.

So sambunglah berubat. Banyak dia bertukar jadi binatang. So tak banyak cakap, yelah binatang nak cakap apa. Tapi bila Nur sedar, dia akan menangis sebab menyesal. Dia akan minta maaf kat Kamal sebab dia kata dia teruk. Hmm.

Kamal kata. Kamal pun teruk, ini dugaan sebab kita lalai dulu. Aku sayang kau Nur. Kita buang semua ini. Selepas itu kita mula hidup baru. Hmm nasib Kamal baik dan yang paling last sekali, dia pakai susuk ratu ular. Susuk paling mahal dalam banyak-banyak susuk itu. Paling susah nak keluarkan sebab ada nenek kebayan yang jaga ular tu. Kau bayang, aku nampak Nur duduk bersimpul macam ular. Muka buruk macam nenek kebayan itu dan rambut putih panjang sampai kaki. Dia gelak.

“Hahaha! Kalau nak aku keluar. Bunuh akuuu!!”

Tapi kesianlah tengok Nur masa ini. Dia baru sedar, baru nak minum air mesti kena balik. Nenek itu macam main-mainkan ustazah itu semua. Tapi Alhamdulillah diorang berjaya bunuh nenek tu. Masa nenek tu kena tikam, Nur menangis. Dia kata dia sedih sebab berpisah dengan nenek itu. Bertahun-tahun dia buat macam- macam untuk benda tu. Kalau nak susuk tu segar, Nur memang kena bersama tiap hari. Kalau dia period dia still kena buat apa-apa untuk naikan nafsu dia.

Selepas susuk dah dikeluarkan, barulah nampak Nur yang sebenar. Dia cantik tapi taklah cantik sampai orang terus tarik ajak kawin. Tapi selepas dia balik rumah, still kena ganggu juga cuma tak teruk. Dia kena sebab dia tak boleh kawal nafsu dia sendiri.

Sorry kalau korang tak faham sangat. Tapi ini apa yang aku nampak depan mata. So janganlah main susuk-susuk ini. Semuanya akan buat hidup kau huru-hara saja. Selepas itu, Alhamdulillah dia bahagia dengan Kamal. Sampai sekarang dah beranak pinak dah.

Tetapi dia masih kena kuatkan iman. Mengaji, pergi class agama. Busykan diri dengan benda baik. Sebab kadang-kadang benda itu datang, Kamal kata dia boleh bogel dalam rumah sebab tak tahan sangat. Sampai mcm tu sekali weh.

Aku doakan aku dan kita semua dijauhkan dari benda macam ni. Aminn. Aku banyak cerita, cuma mungkin aku tak pandai sangat nak taip ni.

Kredit

‘Cikgu ‘buat’ sebab Dinie tak pandai’ – Ibu terkejut anaknya mengalami lebam dan calar teruk di badan..

Hairan melihat kesan lebam dan calar pada badan anak perempuannya mendorong Nur Hazwani Ahmad Mazlan untuk bertanya, siapakah yang memperlakukan anaknya seperti itu. Namun, gadis kecil bernama Dinie itu mendakwa kesan-kesan itu dibuat oleh rakan-rakannya ketika bermain.

Pada awalnya, Nur Hazwani tidak begitu endah memandangkan anaknya sudah memberikan jawapan yang sama. Sehinggalah baru-baru ini beliau sendiri melihat kesan lebam dan calar di badan anaknnya itu lebih teruk dari sebelum ini.

“Selalu terbaca tentang anak orang (lain) je. Tetapi kali ini berlaku pada anak sendiri. Tak pernah terfikir pun nak jadi sampai ke tahap seperti ini. Dah banyak kali, bila balik sekolah saja ada kesan lebam dan calar. Tak ambil serius la sebab dia beritahu kawan dia yang buat.

“Kali ini yang paling teruk. Apabila ditanya, jawapan dia tetap sama, kawan buat. Okey, tak apa. Saya sabar menunggu pagi. Nak tekan tanya juga sebab saya rasa tak puas hati. Mungkin naluri kita sebagai ibu boleh rasa bahawa dia menipu. Semalaman saya tak tidur lena, gagah terlelap lepas soq tadi je,” tulis si ibu berkenaan.

Pagi keesokan harinya, Nur Hazwani menyiapkan anaknya seperti biasa dan selesai semuanya, bermulalah sesi ‘soal siasat’ di antara mereka berdua.

“Jam 7.30 pagi, bangunkan dia, bagi mandi pakai baju apa semua. Kemudian saya duduk di depan dia tanya elok-elok.

“Cuba Dinie beritahu pada Mama betul-betul. Paha Dinie, muka Dinie ini siapa yang buat sebenarnya? Kalau tipu Mama, berdosa tak masuk syurga,”

“Dia diam seketika sebelum membuka mulut memberitahu, “Cikgu buat Dinie.. sebab Dinie tak pandai. Tapi cikgu pesan kalau mama tanya, beritahu kawan (yang) buat masa bermain. Telinga Dinie pun cikgu pusing.”

“Masa dia beritahu tentang telinga itu, baru saya selak rambut untuk melihat keadaan telinganya. Allahuakbar, telinga anak saya. Kemudian saya terus buat keputusan untuk pergi berjumpa dengan cikgu itu di sekolah,” tulisnya.

Tidak diketahui apa perkembangano terkini mengenai pertemuan di antara Nur Hazwani dan guru terbabit. Namun, netizen menasihatkan wanita berkenaan membuat pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

SUMBER

17,000 penjawat awam lantikan politik terima habuan sempena Aidilfitri – PM..

Kerajaan sangsi terhadap kesetiaan pegawai kerajaan yang didapati mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, termasuk secara terbuka berkempen untuk Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebagai penjawat awam, mereka tidak seharusnya terbabit dalam sebarang kempen parti politik.

“Salah satu masalah pentadbiran yang kita hadapi sekarang, ramai pegawai kerajaan dengan sukarela atau tidak ambil bahagian dalam PRU, berkempen untuk BN.

“Kita berasa sangsi tentang kesetiaan sama ada mereka masih pegang pada kesetiaan kepada kerajaan baru. Ini mengganggu pentadbiran kerajaan kerana kita mahu mentadbir ikut cara kita dan manifesto kita untuk laksana janji kita,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, di Petaling Jaya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak mahu menghukum secara sambil lewa kerana itu bukan caranya, namun mengakui ada dalam kalangan mereka terlalu taksub dengan agenda kerajaan terdahulu.

“Ada segelintir penjawat awam yang memakai baju warna biru untuk berkempen,” katanya.

Meskipun begitu, seramai 17,000 penjawat awam lantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan sebelum ini akan menerima habuan sempena Aidilfitri.

Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak pernah bersikap zalim kepada mereka, biarpun sebelum ini mereka berkhidmat untuk kepentingan parti lawan.

“Mereka akan dapat habuan hari raya, tetapi kita dapati 17,000 adalah lantikan politik dan datang daripada parti lawan, bukan kerajaan, justeru kena ambil tindakan,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan jawatan disandang mereka tidak diperlukan dalam melicinkan operasi pentadbiran kerajaan, sebaliknya lebih kepada membantu Barisan Nasional (BN).

“Jawatan itu tiada kerja, sebaliknya berkhidmat untuk parti, malah ada penjawat kerajaan yang mencemarkan diri mereka dengan mengambil bahagian dalam kempen politik. Kita ada (bukti) video untuk kegiatan mereka,” katanya.

Kredit

Ini Bahaya Jika Anda Terlalu Kerap Minum Air Panas….

Ketika anda sedang demam/kesejukan ataupun selsema, mungkin anda sering minum air panas kerana beranggapan ianya boleh menghangatkan tubuh badan serta menyembuhkan penyakit selsema. Memang minum air panas itu adalah sihat untuk tubuh badan kita tetapi ada kesan berbahaya jika diminum dalam jumlah berlebihan.

Walaupun dari aspek kesihatan minum air putih yang panas sangat sihat untuk tubuh badan, tetapi sebaiknya jangan minum terlalu banyak dalam sehari. Dari laporan stylecraze.com, ada kesan bahaya jika terlalu banyak minum air panas dalam sehari.

1. Boleh memecahkan pembuluh darah

Meminum terlalu banyak air putih yang panas berisiko memecahkan pembuluh darah. Ini kerana cairan panas yang berlebihan dalam tubuh badan boleh menganggu sistem peredaran dalam tubuh badan.

2. Menyebabkan lidah terluka

Ketika minum air panas, mungkin lidah, mulut dan bibir berasa kurang nyaman. Jika terlalu banyak mengambil air panas, kesannya deria rasa anda boleh mengalami penurunan kemampuan. Untuk memastikan lidah tidak terluka, pastikan air panas itu benar-benar berada dalam keadaan setengah panas ataupun suam.

3. Merosakkan lapisan enamel gigi

Air panas berisiko merosakkan lapisan enamel gigi. Jika lapisan enamel gigi sudah rosak, hal ini boleh membuatkan gigi mudah menjadi rapuh.

Sumber dari wowmenariknya.com