Ini syarat-syarat yang diletakkan si teman lelaki kepada teman wanitanya untuk menonton Avangers: Infinity Wars yang akan ditayangkan 25hn nanti. Tak masuk akal tapi kelakar…😂😂

MAKAN berbunyi, batuk tak henti-henti, suka berborak adalah antara beberapa situasi menjengkelkan yang berlaku ketika anda sedang menonton wayang.

Tetapi minggu lalu, seorang peminat setia Avengers yang hanya dikenali sebagai ‘Superman’ bertindak lebih awal apabila menghantar senarai ‘peraturan melampau’ yang mesti dipatuhi kepada teman wanitanya jika dia mahu pergi menonton Infinity War yang akan ditayang tidak lama lagi dengannya.

Dalam satu paparan srin mesej yang tular, lelaki itu menawarkan untuk membeli apa sahaja yang kekasihnya mahu makan, tetapi kemudian menyatakan dengan jelas bahawa, dia tidak dibenarkan bercakap ketika menonton filem itu.

“Saya tak boleh terganggu. Ada soalan? Tulis dulu, saya akan jawab bila tayangan tamat,” tulisnya dalam syarat kedua.

Malah, tindakan biasa sebagai pasangan kekasih juga tidak dibenarkan.

“Tak ada pegang-pegang tangan sehinggalah ke adegan akhir kredit nama pelakon, ia buat saya terganggu dan saya akan terlepas untuk menonton sesuatu yang saya telah tunggu selama 10 tahun. Cium juga termasuk dalam syarat,” tulisnya.

Dia juga menetapkan tempoh pembatalan 24 jam.

“Jika kamu membatalkannya pada saat-saat akhir dan saya perlu menonton sendirian, peguam saya akan berhubung dengan kamu,” tulisnya.

Akhirnya, teman wanitanya yang ‘malang’ itu juga diarahkan untuk campur tangan dan menenangkan keadaan jika berlaku situasi yang tak diingini, termasuklah menunggu sehingga filem tamat untuk menghubungi polis jika berlaku kejadian jenayah semasa mereka menonton. Apa yang pasti syarat ini mudah diucapkan dan nampak mengarut.

Tetapi, melalui paparan skrin tular ini ia sekurang-kurangnya memberi gambaran jelas kepada anda tentang adab dan perkara-perkara kecil yang mungkin boleh mengganggu konsentrasi orang lain ketika menonton filem yang ditunggu-tunggu.

Setakat ini posting ini telah mendapat lebih 200,000 tanda ‘suka’. -Indy100

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *