Niat lelaki mengukir replika salji DeLorean DMC-12 hanya untuk bergurau dengan abang pengalih salji. Tidak sangka abang polis yang datang dan memberi ‘tiket saman’!

Simon Laprise telah mengukir satu arca replika sebuah kereta sebenar dari salji dengan tujuan untuk mengenakan pekerja pengalih salji di hadapan rumahnya. Tetapi Simon tidak menyangka replika kereta salji buatannya ini telah menarik perhatian dua orang anggota polis dan meninggalkan satu ‘tiket saman’ kepadanya.

Simon, seorang tukang kayu berusia 33 tahun berasal dari Montreal, Kanada ini berkata, “Saya membentuk salji berupa arca sebuah kereta secara suka-suka untuk mengekspresi kreativiti pada hari tersebut.”

Simon membentuk replika kereta DeLorean DMC-12, seperti kereta yang digunakan dalam filem ‘Back to the Future’. Dan ada pula yang berkata, rupanya seperti Toyota Supra generasi ketiga. Di beberapa tempat di Kanada, meletakkan kereta di zon alihan salji adalah salah di sisi undang-undang. Dan ini adalah penyebab mengapa dua anggota polis itu telah datang.

Setelah melakukan pemeriksaan lanjut, anggota polis ini telah mengenal pasti kereta tersebut. Akhirnya, anggota polis ini telah meletakkan satu ‘tiket saman’ yang akan menggelikan hati anda.

Seorang pemuda di Kanada baru-baru ini telah cuba untuk bergurau dengan pekerja pengalih salji dan anggota polis.

Lelaki tukang kayu 33 tahun ini telah mengukir replika seperti kereta sebenar DeLorean DMC-12 daripada salji.

Katanya, ia sekadar gurauan untuk mengenakan pekerja pengalih salji.

Di sesetengah tempat di Kanada, meletakkan kenderaan di kawasan zon alihan salji apabila tiba masa alihan mengikut jadual adalah dilarang dan ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Selepas pemeriksaan lanjut, anggota polis ini telah menyedari yang kereta ini hanya satu arca ukiran salji.

Dan mereka telah meninggalkan tiket saman palsu kepada kereta yang palsu ini.

Anggota polis ini menulis, “Kamu sudah mengenakan kami pada malam ini! Hahaha…”

Kredit: erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *