#PanamaDanceChallenge Kini Viral Di Media Sosial, Hampir 10K Guna Hashtag Ini!

Fenomena Panama Dance mula tular di media sosial dan netizen mula menyahut cabaran #PanamaDanceChallenge dengan merakamkan video tarian masing-masing.

Lebih enam ribu video cabaran #PanamaDanceChallenge dimuat naik di Instagram sehingga kini dengan gelagat tersendiri mengikut tarian asal video lagu itu. Hashtag panama juga telah digunakan lebih dari 10 ribu.

Lagu yang sedang mencipta gelombang viral ini bukan sahaja mendapat sambutan kanak-kanak malah dewasa dan selebriti antarabangsa.

Manakala, di YouTube lagu Panama yang dinyayikan oleh Matteo yang dimuat naik di Youtube sejak tahun 2013 sudah mendapat lebih 42 juta tontonan di seluruh dunia setakat ini.

Tetapi ia menjadi popular di Korea Selatan selepas disampaikan oleh artis K-pop seperti Bora SISTAR dan Sungyeol INFINATE dalam program televisyen terkenal Korea, Laws of the Jungle in Panama.

Di Indonesia juga menjadi viral setelah ramai remaja mula menari mengikut rentak lagu itu dan memuat naik di media sosial masing-masing dengan hastag #PanamaDanceChallenge.

Selain daripada selebriti yang turut menaikan lagu ini, banyak yang menganggap viralnya Panama juga kerana lirik lagunya yang berentak rancak yang membolehkan pendengar turut bergoyang!

Selain itu lagu ini juga digunakan untuk senamrobik dan menggunakan langkah yang mudah mengikut rentak lagu itu.

Asal usul Panama Dance

Pada awalnya admin berpendapat mungkin tarian ini berasal dari sebuah negara bernama Panama.

Rupa-rupanya pandangan itu meleset sama sekali.

Panama dance ini menjadi kegilaan remaja masa kini terutamanya peminat muzik K-pop yang berasal dari Korea selatan.

Panama dance ini dinyanyikan oleh Matteo.

Admin juga membuat pencarian melalui Google search untuk mengkaji serba sedikit asal usul panama dance atau penyanyi panama dance ini.

Yang terdapat di Google penyanyi dan penari ini merupakan penyanyi berasal dari Romania.

Itulah yang jelas,remaja kita di asia begitu mudah terjebak dan terikut-ikut benda yang mudah menjadi viral.

Dari artis hingga ke orang dewasa terpikat dan tertarik membuat panama dance ini lalu di upload di dalam YouTube.

Okay, kita ada tarian lagu viral baharu yang mungkin bakal menggantikan populariti baby shark, Gwiyomi dan Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) . Jom tengok beberapa versi tarian yang menghiburkan ini :

(Video) Kompilasi Panam Dance Seluruh Dunia

Sumber:

Sisgempak.com

Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *