‘Pembiak lipas terbesar di dunia’ – China menghasilkan lipas hanya untuk kegunaan yang ‘mengejutkan’ orang ramai. Memang tak disangka boleh digunakan untuk tujuan tersebut…

LADANG milik Li Yanrong di daerah Zhangqiu di Jinan, wilayah Henan di China menempatkan 300 juta lipas untuk memakan kira-kira 15 tan sisa makanan setiap hari.

“Lipas ini tidak gentar terhadap apa-apa yang lembut, keras, masam, manis, pahit atau pedas,” kata Li dipetik sebagai berkata.

Menurut laporna, China menghasilkan sekurang-kurangnya 60 juta tan sisa makanan di dapur setiap tahun dan kebanyakannya diproses melalui penapaian, sistem yang mahal dan tidak cekap yang mencemarkan alam sekitar.

Li berkata, lipas merupakan alternatif, sebagai cara pelupusan sisa makanan yang tidak mencemarkan.

Tambahnya, dia mempunyai kira-kira 300 juta lipas dan merancang untuk menambah jumlah itu bagi membolehkan proses pelupusan 200 tan sisa makanan dari Zhangqiu dan bandar-bandar terdekat setiap hari.

China catat sejarah biak 6 bilion lipas setahun

 

BANGUNAN beberapa tingkat itu dipenuhi lorong sempit yang dipenuhi rak yang menempatkan air dan makanan.

Suasananya panas, gelap dan lembap sepanjang masa dari saat menetas, habitat ini tidak pernah dipenuhi cahaya.

 

 

Walaupun umpama penjara, situasi itu mampu meletakkan China sebagai negara yang memiliki premis pembiakan lipas terbesar dunia.

Angkanya mencecah enam bilion setahun.

Ia sebahagian proses pengeluaran untuk tujuan kesihatan dan ia menjadi pilihan jutaan rakyat negara itu, demikian menurut kerajaan China.

Banyak kemudahan pembiakan lipas di China termasuk di Xichang, selatan wilayah Sichuan di mana hasilnya untuk kegunaan kesihatan atau sumber protein untuk haiwan ternakan.

Premis pembiakan di Xichang yang dilengkapkan dengan sistem pengumpulan data menempatkan hampir 800,000 seranggan yang menjagi ‘penghuni’.

Saintis tempatan dari Institut Zoologi, Profesor Zhu Chaodong berkata, tentunya menggerunkan jika berlaku kemalangan di premis ini.

Lebih-lebih lagi, premis itu terletak berdekatan dengan lapangan terbang Qingshan.

Berdasarkan laporan kerajaan, premis itu telah menghasilkan pendapatan mencecah 4.3 bilion yuan (AS$684 juta) setahun dengan mengeluarkan produk berbentuk cecair yang berasaskan lipas.

Lebih 40 juta pesakit bermasalah pernafasan, gastirk dan beberapa penyakit lain menggunakan produk berkenaan, malahan ia juga dijual di lebih 4,000 hospital seluruh China.

Setiap bungkusan produk itu mengandungan dua botol 100 mililiter berharga lebih 50 yuan (AS$8).-SCMP

 

 

Sumber: Mstar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *