Reaksi kucing ini apabila ada haiwan lain mencuri makanannya akan menghiburkan hari anda! Comelnya!

Kadangkala kita tidak suka jika ada yang mengambil makanan kita tidak kiralah sama ada setelah meminta izin atau tidak. Terutamanya jika makanan tersebut merupakan makanan kegemaran.

Berkongsi makanan kegemaran adalah satu perkara yang mungkin tidak boleh dipandang ringan oleh sesetengah individu. Begitulah juga yang dialami oleh kucing malang ini apabila ada haiwan lain cuba mengambil makanannya dan enggan berkongsi.

Namun, apa yang melucukan adalah kucing ini langsung tidak bertindak garang dengan mengeluarkan kukunya untuk mendapatkan semula makanan tersebut. Reaksi dan riak wajah si comel ini seolah-olah ingin menyatakan kepada tuannya, “Mengapa awak biarkan sahaja perkara ini terjadi kepada saya?”.

Kucing yang sangat sopan. Daripada membuat onar dan bergaduh dengan possum (sejenis tupai) itu, kucing ini hanya ‘mengadu’ kepada tuannya yang juga pengguna Imgur bernama MrRogers247.

Lihat kisah pilu antara kucing, possum dan makanan kegemaran si kucing yang kini menjadi milik haiwan lain.

Ehem ehem, minta maaf… Itu sebenarnya hidangan makan malam saya.

Hei awak.. Tolonglah ambil semula makanan saya itu… (berbisik)

Awak tahu tak awak tersalah bagi makanan. Ia sepatutnya menjadi makanan saya bukannya penceroboh ini..

Biar betul awak ni.. Takkan awak hanya mahu berdiri di situ dan ambil gambar sahaja? Saya lapar… Baiklah, tidak mengapa!

(Beranikan diri). Saya boleh kongsi makanan saya. Oh makanan kegemaranku…

Okay okay, saya minta maaf! Emm, awak makanlah dahulu. Silakan…

Ayahhhhhhhh…. Macam mana ni? (sambil tunjuk muka simpati)

Kredit: erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *