Seorang lelaki yang tidak dikenali membantu wanita ini mengawal dua orang anaknya yang tidak terkawal di dalam kapal terbang

Seorang lelaki menerima pujian di dalam internet untuk kebaikannya selepas beliau telah membantu seorang ibu yang pertama kali menaiki kapal terbang sendirian bersama dua orang anak kecilnya.

Jessica Rudeen berkongsikan kisah tersebut di dalam internet, bersama dengan gambar-gambar, untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang tidak dikenalinya itu kerana membantunya meredakan keadaan yang tidak terkawal tersebut.

“Penerbangan pertama saya dengan bayi dan anak kecil bermula dengan sedikit panik ketika kami menaiki kapal terbang. Anak saya yang berusia 4 bulan berteriak tiba-tiba menjerit, saya tidak dapat menyusuinya sebelum menaiki kapal terbang.

Anak saya yang berusia 3 tahun, yang teruja sebelum menaiki pesawat, tiba-tiba membuat perangai selepas menaiki kapal terbang dan mula menjerit dan menendang ‘Saya mahu turun daripada kapal terbang! Saya tidak mahu pergi!’ Saya benar-benar fikir kami akan dihalau keluar daripada kapal terbang itu, jadi saya berusaha untuk menenangkan keadaan itu. Lelaki ini mengambil bayi saya dan memegangnya semasa saya sedang memakai tali pinggang keledar pada Caroline, mendapat tablet dan memulakan filemnya.

Sebaik sahaja semuanya selesai dan situasi menjadi agak tenang, beliau cuba mengalihkan perhatian Caroline supaya saya dapat menyusu Alexander.

Akhirnya, keadaan menjadi terkawal. Semasa penerbangan, beliau berwarna, berbual dan menonton filem bersama Caroline. Ketika tiba di akhir penerbangan, Caroline kelihatan selesa bersama beliau.”

“Hebatnya, kami menaiki penerbangan seterusnya yang sama iaitu Charlotte ke Wilmington, beliau membantu kami turun daripada kapal terbang dan membawa kami ke pintu seterusnya sambil memimpin tangan Caroline. Bukan itu sahaja, beliau juga mengubah tempat duduk penerbangan seterusnya semata-mata untuk duduk bersama kami dan supaya beliau dapat membantu kami.

Lelaki ini, Todd, menunjukkan saya kebaikan dan belas kasihan yang saya tidak pernah kenal daripada orang lain, isterinya, katanya, mempunyai pengalaman yang sama ketika kedua anak lelaki mereka masih kecil dan terdapat orang asing menghulurkan bantuan yang sama. Saya sangat terpesona kerana dalam hal ini kita boleh ditempatkan di sebelah sesiapa sahaja, tetapi kami duduk di sebelah salah seorang lelaki yang paling baik yang pernah saya jumpa dalam hidup saya.”

Dalam kemas kini kepada perkongsiannya, Jessica berkata bahawa dia telah berhubung dengan isteri Todd dan mereka berharap tidak lama lagi mereka dapat berjumpa.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *